pemeriksaan yg perlu dilakukan pd DB kawalan ialah electronik card,battery ( back up ),dan indicator zon,
Sistem pencegah kebakaran pula meliputi alat pemadam api seperti fire extinguisher,hose reel mahupun hidrant 3 jenis alat pemadam api tsebut memerlukan tenaga manusia utk memadam api.di bangunan besar sistem sprinkle di gunakan
sprinkle ini berfungsi sbg kepala pipe.ia akan di sambung kepada pipe air yang bertekanan tinggi, ia akan di sambung terus dari paip ke siling dalam bentuk selari jarak antara sprinkle sekitar 1 hingga 2 meter( bergantung kepada keluasan 1 kawasan. bagaimana ia berfungsi...pada hujung nya terdapat kaca berwarna merah, cecair ini ialah sejenis bahan yg akan sensitif pada haba,ia akan memecah kan kaca bila mengesan haba panas.di jujung kaca tersebut kelihatan seperti payung, ia bertujuan bila kaca pecah , air yang bertekanan tinggi tidak akan menghala ke 1 tempat,ia mesti menyiram ke kawasan keliling,dengan cara itu api akan dapat di padamkan dengan cepat.
jika sprinkle pecah secara tidak sengaja ( tiada kebakaran ) kita boleh memberhentikan air dengan menutup valve yg ke zon tersebut,jika tidak sistem pump akan terus berfungsi kerana ia akan beroperasi bila mengesan tekanan air menurun di suatu kawasan.sistem pump perlu di off kan secara manual kecuali kockey pump.
SISTEM PUMP
Pump sistem berfunsi memberi tekanan air yang berterusan kepada paip pemadam kebakaran sama ada untuk sprinkle atau hose reel ( dalam bangunan )..cara ia berfungsi dan bacaan tekanan air bergantung dengan kawasan sekitarnye termasuklah keluasaan kawasan.contoh disini ialah pump room di sebuah bangunan kilang.
didalam pump room ini terdapat 3 jenis pump yang saling berhubung kait,gambar manual di atas menunjukkan jockey pump akan cut in ( on ) bila pressure air dlm service pipe turun kepada 100psi ia akan terus beroperasi dan akan cut off bila pressure sudah mencapai 125psi.maknanya jockey pump ini akan on dan off secara auto supaya tekanan air dlm paip sentiasa stabil sekitar 120psi .bagaimana bentuknya jockey pump, seperti gambar bawah
duty pump mempunyai saiz lebih besar dari jockey bagi memberi tekanan lebih
bila tekanan masih tidak mencukupi ataupun bekalan terputus/gagal berfungsi sistem pump ini masih boleh berfungsi kerana stand-by pump yg menggunakan enjin diesel akan on secara auto jika mengesan tekanan dalam paip turun hingga 50psi.pump ini juga perlu di off kan secara manual.ke tiga 2 pump ini di sambung secara selari dengan common pipe dari fire fighting tank.
ape yang mengawal ke tiga2 unit pump ini.,rujuk gambar diatas kita akan lihat sebelah kiri sekali pressure gauge ( penunjuk tekanan).dan 3 unit pressure switch yang akan di sambung ke litar kawalan.nilai setting boleh di ubah mengikut keperluan.
TESTING
untuk membuat test pd sistem pump,off valve ke paip service, off valve ke pressure switch ( kanan dlm gmbar) dan buka drain valve ( kiri dlm gambar).bila air di buang tekanan turun dan pump akan beroperasi satu persatu mengikut setting yg telah di buat,rujuk pressure gauge bila sesuatu pump on.
Dalam situasi kebakaran sebenar jika sistem sprinkle gagal berfungsi / mengesan kebakaran cara manual perlu di gunakan, sama ada dgn fire extinguisher,hose reel atau hydrant ( untuk bahagian luar)
Bagi kawasan tertentu air tidak digunakan pd sprinkle sebagai pemadam api contohnye bilik pencawang elektrik dan bilik makmal atau server room, Co2 ( gas karbon dioksida) di gunakan sebagai pengganti air supaya tidak merosakkan alatan atau membahayakan.insyaAllah akan ade penerangan bab Co2 nanti
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan