Isnin, 23 Januari 2012

Teori elektrik - Beban Seimbang

Dalam sistem bekalan 3 phase kita selalu menghadapi masalah beban yang  tidak seimbang, maksudnya penggunaan load pada setiap fasa tidak sama atau mempunyai beza amp yang amat ketara.....ketidak seimbangan ini akan menyebab kan Neutral akan turut membawa amp ( ade bacaan)
 Ade sesetengah  pendapat mengatakan Amp pada neutral disebabkan sistem Earthing yang tidak bagus....
kalau semua earth sistem telah dibaiki msm mana plk...ade teori lain ker....

Di sini sy nk kongsi satu teori yang saya dapat dari sebuah kitab purba ...emm cuba faham kan dan mungkin dengan teori ini kita dapat buktikan kenapa Amp boleh ade pada Neutral.....
  • Mula sekali kita kena ingat salah satu subjek matematik berkenaan paksi X dan paksi Y
  • sistem 3 phase yang di gunakan plk mesti Star sebab ade neutral
 
di sebelah kiri terdapat rajah  dimana paksi X mendatar dan paksi Y ialah garis menegak
di sebelah kanan pulak rajah sistem 3 fasa di mana R berada pada garis tegak dan neutral berada pada titik tengah antara RYB.beza sudut antara fasa ialah 120 darjah.

sekarang kita masuk kan rajah 3fasa  tadi ke atas paksi tersebut.




R phase berada di tengah2 paksi x dan berada sebaris di atas paksi Y +
Y phase berada kedudukan terpesong30 darjah dari X+ dan terpesong 60 darjah dari Y-
B phase berada kedudukan terpesong 30darjah dari X- dan terpesong 60 darjah dari Y-

baca penerangan di atas dan fahamkan.kenapa nilai sudut cos perlu di masukkan 

contoh ujikaji

R= 130 amp  Y= 77 amp  B= 32 amp  kira nilai amp pada neutral.( bacaan ini di ambil menggunakan clamp meter pada DB agihan)

masukkan nilai untuk paksi X dan Y

X= R>0 + cos 30 ( Y>77 - B>32) * nilai y dan b perlu di tolak kerana kedudukan nya pd paksi X
   = 0+ 0.866( 45)
   = 38.9 amp

Y = R>130 - cos 60 ( Y>77 + B>32 )* y dan b sama2 berkedudukan - di paksi Y jadi kn tambah 
   = 130- 0.5( 109)
   = 75.5 amp

jawapan yang kita dapat ialah X=38.9amp dan Y =75.5 amp

untuk mencari neutral guna formula yang sama untuk cari galangan



formula ini boleh digunakan untuk mendapatkan nilai amp untuk neutral


bacaan yang kita akan dapat ialah N= 85 amp



>> bacaan amp pada neutral yg saya dapat menggunakan clamp meter ialah 88 amp
     
***saya telah membuat perbandingan ke atas DB lain dan bacaan amp pada clamp dan yang dikira secara 
      teori hanya beza sekitar 3 atau 4 amp sahaja.
      bagai mana dengan anda selamat mencuba...



ianya hanya sekadar teori tapi jika boleh di guna pakai ,ape salah nye mencuba... 







Ahad, 22 Januari 2012

sistem penyaman udara

Sebut saja pasal Air Cond mesti kita akan fikir pasal split unit,
biasa di pasang di rumah2 , saiz kecil 1hp hingga 2hp
ade 2 bahagian indoor dan out door, indoor sebelah kiri di pasang pada dinding dalam rumah di dalam nye terdapat cooling coil dan blower, cara kerja sedut udara sekitar  tapis , lalu cooling coil dan keluarkan semula udara tersebut dlm keadaan dingin...
sebelah kanan plk bahagian outdoor, di dalam nye terdapat compressor, condensor dan fan..cara kerja plk compressor akan compres gas ( biasanye R22) gas mampaat ( high pressure) td akan melalui condenssor
kipas akan menyejukkan condenssor td.high pressure gas td akan ke indoor di sana terdapat kapilari tiub yang akan mengecilkan saluran pipe liquid akan berubah menjadi vapor masuk ke cooling coil.gas tadi akan kembali ke outdoor dan compress semula...begitu la kitarannye...

Air cooled package unit


Yang ni pulak di panggil ACPU , terdapat cooling coil diletak pada indoor ( biasanye atas siling). dibahagian outdoor terdapat berberapa unit compressor yang berkerja seperti outdoor split unit td...pada cooling coil akan ade blower fan yang menyedut fresh air lalu pada cooling coil dan dihantar ke ruang bilik menggunakan sesalur.biasa digunakan untuk ruang pejabat.

Air Handling Unit


macam mana AHU berkerja boleh rujuk task saya sebelum ini, chiller di gunakan untuk mendapatkan chiller water, dari evaporator air di hantar mengunakan pump ke AHU , dan keluar kembali ke chiller.suhu air pada chiller boleh dikawal pada leaving point mana kala pada AHU suhu boleh di kawal dengan melaras damper kemasukan air.

CHILLER
air cooled chiller.


water cooled Chiller

Chiller ialah sejenis equipment yang menghasilkan Chiller water dlm skala yg besar,sistem ini di guna kan di bangunan besar seperti pasar raya ,kilang  dan ruang pejabat.chiller juga terdapat dlm pelbagai type atau cara ia memampatkan gas seperti piston,screw,centrifugal dll.
gambar di atas menunjukkan 2 jenis chiller yang berbeza cara penyejukan pada condenssor nya

  • air cooled mengunakan fan yang akan menyedut udara keliling melalui condensor nya cara ini sama seperti split unit ,dan ACPU....
  • Water cooled menggunakan air untuk menyejuk kan condenssor dan air yang panas tadi akan di sejuk kan dengan cooling tower.
perhatikan gambar di atas untuk memahami beza kedua2 sistem ini.

insayaALLAH saya akan detail kan lagi penerangan mengenai chiller ini ...( tengah kumpul bahan)

di lain masa sy akan story plk ape itu WCPU n Cooling Tower...insyaallah....





















AHU ( air handling unit )



  • AHU ialah sebahagian dari unit penyaman udara berskala besar seperti ruang pejabat , production line di kilang, bilik makmal dan bilik komputer.
  • Selain menghantar udara dingin kesuatu kawasan , kelebihan AHU ialah ia boleh mengawal kebersihan dan merawat udara yang hendak di hantar,ini kerana di dalam unit AHU ,udara yang di hantar akan di tapis dahulu. zarah2 sama ada berbentuk pepejal atau cecair akan terapung apung di udara dan akan melekat pada sistem pernafasan manusia terutama pada paru - paru.Air filter dalam AHU akan memerangkapnya
  • Tahap pengaliran udara boleh dikawal dengan mengawal kelajuan blower fan
  • Keadaan dalam bilik yg di dinginkan mempunyai ramai orang,dan kitaran udara yang sama di gunakan lama kelamaan bilik tersebut akan dipenuhi gas karbon dioksida.untuk mengelakkan udara dari tercemar,pengalih udaraan atau fresh air diadakan dalam sistem AHU



 gambar atas menunjuk kan reka bentuk AHU,Blower fan akan menghantar udara bersih masuk ke bilik kelajuan nye boleh di kawal kerana kebiasaan nya motor untuk blower fan ini menggunakan inverter sebagai penghidup.



gambaran sisi AHU ,

  •  sudut kiri bawah kelihatan seperti jaring tempat fresh air masuk dimana kemasukan nye boleh dikawal.
  • sudut kiri atas pula untuk udara balik ( return ),udara yang dihantar oleh blower akan kembali ke AHU untuk dirawat dan dihantar semula.
  • sebelum cooling coil terdapat bag filter atau air filter yang akan memerangkap habuk .
  • cooling coil , kebiasaan nya terdapat chiller water yang mangalir di dalam nya tujuan nya ialah mendinginkan atau melembap udara yang akan di hantar, suhunya boleh dikawal dengan mengawal kemasukan chiller water dengan mengawal damper.
  • selepas cooling coil terdapat air filter bertujuan sekali lagi menapis atau memerangkap habuk dari terlepas ke destinasi seterusnya.
  • kanan sekali ialah blower fan yang di tugaskan menghantar udara dingin dah bersih ke bilik atau ruang yang dikehendaki.


Untuk makluman penggunaan AHU berkait rapat dengan sistem CHILLER, akan ade sambungan nye!













Sabtu, 21 Januari 2012

kawalan motor 3 fasa

Foward dan Reverse ialah kawalan motor dimana motor boleh ditentukan arah pusingannye sama ada mengikut  arah jam atau berlawan arah jam.

Star dan Delta pula ialah sejenis penghidup yg biasanye di gunakan untuk mengerakkan motor bersaiz 3hp ke atas.ini kerana motor yg mempunyai saiz besar memerlukan arus ( amp ) mula yang tinggi.
cara operasi motor akan berpusing 1 arah sama ada foward atau reverse.semasa pust on di tekan motor akan jalan star selama 5 sec...selepas itu baru delta masuk dan contact star td akan open


Auto Trans juga sejenis penghidup motor yang biasa di gunakan,prinsip kendalian hampir sama dengan Star delta cuma sistem ini menggunakan transfomer bagi memberi kira2 70% voltan semasa mula.motor yang biasa menggunakan dlm kadaran saiz 10hp ke atas. sistem penghidup ini biasa di gunakan untuk pump room,system aircond ( wcpu) dan booster fan.

gambar atas ialah sistem aircond yang menggunakan auto trans sebagai penghidup.



Star/Delta Foward /Reverse ialah gabungan 2 jenis penghidup.motor beroperasi secara star delta dalam masa yang sama ia boleh di kawal arah pusingan mengikut keperluan.


  • Bagi yang ingin menduduki perperiksaan sebagai orang kompeten Pw4 atau AO,A1 litar ini merupakan soalan paling popular di gunakan dlm ujian.... 

insyaallah jika di izinkan kita akan lihat contoh litar kawalan lain yang biasa di gunakan atau yang pernah saya jumpe sepanjang pengalaman dalam bidang elektrik
slm...

Syncronising part 1

Khas  kepada mereka yg nk ambik chargeman A4

Ape itu syncronising dan kenapa perlu dlm sesuatu pepasangan

  • Satu proses penyegerakan janakuasa secara selaribagi satu pepasangan yg mempunyai lebih dr 1 generator.dlm suatu busbar.
  • proses ini dilakukan dalam keadaan satu unit sedang bertugas membekal beban yang maksima dan kerja penyegerakan di lakukan tanpa mengganggu bekalan.
 Kebaikan system ini

  • sesuai bagi kawasan pendalaman yg tiada bekalan elektrik
  • jimat kos kerana boleh operasi kan genset bergantung kpd keperluan load sahaja sesuai bg tempat yang tidak mengunakan load maksima sepanjang masa.
  • genset boleh beroperasi secara begilir,mudah buat penyelenggaraan berjadual
Syarat 2 untuk membuat syncronising


  • voltan janakuasa dan busbar mesti sama ( volt meter )
  • Ulangan janakuasa dengan busbar mesti sama ( Hz )
  • Turutan fasa mesti sama antara janakuasa dengan busbar
  • sudut fasa janakuasa dengan busbar mesti sama
merujuk gambar di atas , volt meter dan Hz meter di gunakan untuk memastikan voltan dan ulangan mesti sama.
bagi melihat  sudut fasa syncronoscope meter di gunakan ( meter di tengah). apabila bila jarum menunjuk kan tepat pukul 12 ini menandakan sudut fasa antara janakuasa dan busbar sama atau 0' ...ulangan atau frekuensi juga sama . inin adalah masa yang sesuai untuk melakukan penyegerakan.
bagi turutan fasa pula kita sudah sedia maklum penyambungan kabel antara janakuasa mesti sama fasa nya R,Y,B....( selari )

Bagi yang menghadapi masalah ulangan dan voltan tidak sama perlu membuat pelarasan pada alat di bawah



 alat ini di panggil voltage dan speed trimmer, voltage untuk menaik dan menurun kan voltan manakala speed trimmer untuk menambah atau mengurangkan kelajuan genset supaya sama dengan busbar. bile genset laju frekuensi (Hz) akan meningkat begitu juga sebaliknya.frequensi jug adi panggil ulangan.



sekian dulu untuk part 1 nanti sambung lg part 2

Jumaat, 20 Januari 2012

motor elektrik


MOTOR TIGA FASA

PENGENALAN

J     Merupakan motor yang paling banyak digunakan kerana binaannya ringkas dan tahan lasak
J     Tiga jenis motor tiga fasa:
a)     motor aruhan
b)     motor aruhan pemutar berlilit
c)      motor segerak

J     perbezaan di antara motor-motor ini ialah pada bahagian pemutar dan cara ia kendali
J     mempunyai ukuran yang lebih kecil pada kuasa yang sama dengan motor-motor lain
J     harga dan kecekapannya juga sama dengan motor-motor yang lain
J     kecekapan yang lebih baik
J     faktor kuasa yang lebih tinggi
J     ciri-ciri yang permulaan yang lebih
J     digalakkan untuk mengelakkan ketidakseimbangan beban sesalur bekalan


Ä    KOMPONEN-KOMPONEN MOTOR      :

J     terdiri dari bahagian au komponen-komponen berikut:

I           Badan
II         Motor jenis kecil biasanya dibuat dari besi tuangan (cast steel) yang berbentuk silinder.
III        Motor jenis sederhana dan besar dibuat dalam bentuk kotak
IV     Bahagian dalam badan menempatkan teras stator dan lilitan stator.
V       Teras stator terdiri dari lapisan-lapisan yang bermutu tinggi dan bertebat diantaranya untuk mengurangkan arus pusar.
VI     Tudung-tudung motor berjaring digunakan untuk menyekat kemasukan bendasing kedalam motor dan direka untuk mendapatkan ketegaran yang maksima.


Ä    PETI PUNCA

J     Terdiri dari bingkah punca bertebat dan ditempatkan ke dalam besi logam
J     ditapakkan keatas gasket untuk menghalang penyerapan habuk dan kelembapan.
J     Bagi motor-motor besar penyambung didudukkan di atas bar-bar penebat dan dijarakkan untuk memudahkan penempatan kabel-kabel besar
J     Hablur silika gel ditempatkan didalam peti punca motor-motor voltan tinggi hablur bagi menyerap lembapan yang tedapat didalam peti punca
J     Hablur bertukar warna dari biru ke merah jambu


Ä    ROTOR

J     Rotor sangkar tupai dalam motor-motor kecil mempunyai pengalir tembaga atau aluminium yang ditempatkan di dalam teras motor yang berlapisan
J     Biasanya alur-alur teras motor akan membentuk pancungan bagi mengurangkan bunyi bising dan pusuan-pusuan magnetik
J     Rotor-rotor besar mempunyai pengalir-pengalir tembaga atau loyang melalui alur-alur di dalam lapisannya dan hujungnya dipateri kegelung hujung
J     membawa kipas yang dipasang secara berasingan dan alur ganti keudaraan diadakan di dalam teras motor
J     Kedua-dua permukaan rotor dan stator dimesin halus untuk memastikan celahan udara antara rotor dan stator adalah tepat.

Ä    ACI (SHAFT)
J     Diperbuat dari keluli tahan tinggi dan membawa kekunci untuk menempatkan rotor dan kipas
J     Saiznya bergantung kepada rotor yang dibawanya.

J     ALAS (BEARING)

J     )Terdiri dari alas bebola (Ball bearing) dan alas rola (sleeve bearing) di dalam motor-motor kecil menggunakan gris sebagai pelincir
J     Takup atas dibuat dari besi tuangan untuk memegang dan melindungi alas di dalam kandungan alas dari kandungan habuk
J     Palam pelepas gris ditempatkan di bawah tangkup bearing untuk membenarkan bekalan gris yang cukup
J     Alas jernal terdapat pada motor-motor jenis besar

Ä    GEAR

J     untuk menghasilkan kelajuan yang rendah atau yang dikehendak tetapi tidak mengubah daya kilas bagi motor tersebut
J     Untuk menghasilkan kelajuan yang sangat rendah, 2 atau lebih gear diperlukan



MOTOR SANGKAR TUPAI

J     mempunyai kelajuan yang tunggal dan sama dengan motor belitan medan pirau.
J     mempunyai kilas permulaan yang sangat kecil dan faktor kuasa permulaan yang rendah dan beransur naik apabila beban ditambah sehingga ke beban penuh dan nilainya boleh mencapai sehingga 0.85 atau 0.9.
J     motor sangkar tupai banyak digunakan kerana:
                                                   i.            Tahan lasak
                                                 ii.            Tidak memerlukan alat tambahan untuk menghidupkan motor
                                               iii.            Binaannya ringkas kerana tiada belitan di pemutar
                                               iv.            Murah
                                                 v.            Tidak memerlukan penyelengaraan lebih
                                               vi.            Saiznya lebih kecil pada kuasa yang sama dengan motor pemutar berlilit jika dua sangkar tupai digunakan
                                             vii.            Pengaturan kelajuannya yang baik mengikut perubahan beban

J     Kelemahan motor jenis ini adalah   :
  1. Kelajuannya tidak boleh diubah sesuka hati kecuali dengan mengubah kecekapannya
  2. Kelajuannya akan berkurang dengan pengurangan beban
  3. Kilas permulaan serupa dengan motor belitan medan pirau


BINAAN MOTOR

Ä     STATOR

J     terdiri daripada bingkai motor yang diperbuat daripada besi tuangan (cast iron)
J     bahagian dalam dilekatkan pula teras motor diperbuat daripada kepingan-kepingan teras lapis keluli atau logam bermutu tinggi dengan beberapa lubang alur (slot)
J     melalui lubang alur tersebut dawai tembaga bertebat dililitkan
J     terdapat tiga jenis gelung yang berasingan dipasang pada stator motor induksi tiga fasa
J     antara satu gelung dengan yang lain dipisahkan pada sudut 120° elektrik untuk mendapatkan putaran medan magnet yang seimbang apabila bekalan disambungkan pada ketiga-tiga gelung tersebut
J     saiz dawai gelung bergantung kepada kuasa sesebuah motor, lebih besar kuasa sesebuah motor, lebih besarlah saiz dawai yang digunakan
J     gelung-gelung tersebut mestilah dijauhkan dari kelembapan kerana ia boleh merosakkan lapisan penebat pada dawai gelung menyebabkan berlakunya litar pintas


  

Ä     ROTOR

J     mempunyai binaan berbentuk sangkar tupai (squirrel cage) terdiri daripada besi-besi teras lapis (iron cored) beralur (slotted)
J     bar-bar aluminium atau tembaga ditekan padat ke dalam lubang alur tersebut kemudian pada kedua-dua hujung pangkalnya dilitar pintaskan membentuk satu struktur pejal berbentuk kipas untuk penyejukan
J     bar-bar yang dilitar pintaskan ini mempunyai rintangan yang rendah bagi memudahkan pengaliran arus dan membentuk medan fluks pada rotor







Ä     PERISAI HUJUNG

J     digunakan untuk memegang galas yang menyokong aci pemutar (rotor)
J     melindungi bahagian dalaman motor daripada disentuh atau kerosakan mekanik
J     terdapat berbagai bentuk perisai di kiri kanan kuk motor
J     bentuk-bentuk ini disesuaikan dengan jenis motor misalnya jenis tutupan rapi, tutupan separuh terbuka, tutupan kalis air, tahan letupan, tahan panas dan sebagainya
J     diperbuat pelbagai bahan mengikut sesuatu jenis motor, biasanya diperbuat dengan bahan yang sama dengan kuk motor dan dicagakkan ke kuk dengan pegas




KENDALIAN

J     Apabila stator motor ini dibekalkan dengan bekalan 3 fasa, putaran medan magnet terbentuk pada stator itu.
J     Kelajuan putaran medan magnet ini bergantung pada frekuensi bekalan dan bilangan kutub dan yang dinyatakan dengan formula berikut:
                                                                   Ns = (f x 120) / p

Ns = laju segerak (Laju putaran medan magnet)
F    = frekuensi
P    = bilangan pasang kutub

J     Belitan stator merupakan setaraan belitan utama pengubah manakala rotor menjadi setaraan belitan sekunder pengubah.
J     Oleh itu aruhan saling yang berlaku antara dua belitan ini menyebabkan wujudnya arus teraruh padarotor.
J     Arus yang terbentuk cukup kuat untuk membentuk medan magnetnya sendiri kerana belitan ini berlitar pintas. Medan magnet yang baru wujud dirotor ini pula bertindak balas dengan medan magnet stator yang sedang berputar di atas prinsip kutub yang serupa dan berlainan seterusnya rotor itu akan berputar dengan kelajuan N1 mengikut arah yang sama dengan arah putaran medan N2, tetapi kelajuan rotor ini perlahan sedikit, lebih-lebih lagi apabila beban  dipasangkan pada rotor motor ini.
J     Kelengahan putaran rotor ini disebut gelincir (Slip)



                     

MOTOR ROTOR BERLILIT

J     Dikenali juga sebagai motor gelang gelincir (slipring motor) kerana binaannya menggunakan berus karban
J     Bahagian statornya adalah sama dengan motor jenis sangkar tupai, begitu juga dengan penghasilan putaran medan magnet di sekitar kutub stator
J     Mempunyai rotor berlilit yang disambung kepada tiga gelang gelincir, berus karbon dan rintangan boleh laras (jenis yang boleh menahan arus tugas berat dan tahanuntuk penggunaan yang berterusan)
J     Motor akan berputar dengan perlahan jika perintang dilaras pada nilai maksima manakala apabila perintang dikurangkan kelajuan motor bertambah
J     Tujuan rotor berlilit ialah untuk mengawal kelajuan motor semasa dihidupkan
J     Litar gelang dilitar pintaskan apabila motor mencapai kelajuan maksima

               









Ä     STATOR

J     Sama dengan motor jenis sangkar tupai
J     Diperbuat daripada lapisan keluli dan beralur
J     Terdapat tiga belitan yang diletakkan 120° elektrik dan disambung samada secara bintang atau delta
J     Tugas utama ialah bertindak sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet



Ä     ROTOR

J     Jenis berlilit mengandungi dawai tembaga bertebat dililitkan melalui lubang alur dalam sambungan bintang
J     Saiz dawai serta bilangan kutubnya adalah sama dengan stator
J     Punca penyambungan berakhir pada gelang gelincir (slipring) yang diperbuat daripada tembaga dan disambung ke litar luar melalui berus karban





KENDALIAN

J     Motor jenis rotor berlilit mempunyai 6 terminal penyambungan, 3 daripada stator dan 3 daripada rotor
J     Bekalan 3 fasa dasambungkan kepada mstator melalui penghidup atau pemula
J     Lilitan rotor disambung kepada 3 perintang reostat dalam sambungan bintang
J     Reostat bertujuan untuk mengadakan suatu rintangan bernilai tinggi bagi litar rotor ketika permulaan motor, dan dengan ini akan menghasilkan tork permulaan yang tinggi di samping arus yang rendah
J     Apabila kelajuan rotor meningkat, tahap rintangan diubah secara perlahan-lahan sehingga akhirnya kesemua rintangan tersebut dipotong terus dari litar dan lilitan rotor dilitar pintas membentuk motor induksi sangkar tupai
J     Motor jenis ini adalah lebih mahal daripada motor 3 fasa jenis sangkar tupai kerana kos membina bahagian rotornya adalah lebih tinggi
J     Walaubagaimanapun motor jenis ini mempunyai tork permulaan yang tinggi serta arus permulaan yang rendah 
              

asas elektrik


Arus
ü  kadar pengaliran cas elektrik melalui satu titik tertentu
ü  Unit ampere (A)
ü  Simbol ( I )

Voltan
ü  Beza upaya atau daya gerak elektrik ; tekanan elektrik yang
     menyebabkan arus mengalir
ü  Unit volt (V)
ü  Simbol (V)

Rintangan
ü  sifat menghadkan pengaliran arus dalam pengalir, jasad atau
     litar
ü  Simbol rintangan (R)
ü  Unit ohm (Ω)

Hukum Ohm
Mengatakan bahawa arus yang mengalir dalam litar berkadar terus dengan voltan bekalan dan berkadar songsang dengan rintangan litar.

    V = I x R , I = V/R , R = V/ I

Kuasa  ( P)
kadar dalam melakukan kerja 
unit bagi kuasa ialah  Watt ( W )

Perhubungan antara kuasa ,voltan dan arus ialah  P = V x I , V = P/ I , I = P/V

CPR - versi aku

pertolongan cemas.

pertolongan cemas ialah bantuan awal yang di berikan kepada mangsa sementara menunggu bantuan tiba 
nk exam mesti kn tanya ni...
ingat  DR H ABC....

  1. D - danger ( bahaya ) - sebelum memberi bantuan kpd mangsa, pastikan yg kita dlm keadaan selamat           untuk membantu ( tidak membahaya kan diri sendiri). contoh nya mangsa kemlangan jalan raya nk tolong pastikan kita selamat dr  bahaya
  2. R - respon ( tindak balas ) - sapa mangsa untuk pastikan die pengsan atau sedar jika sedar berkomunikasi  dgn nya utk mngetahui bahagian yg sakit...
  3. H - help ( bantuan ) - minta bantuan ambulans  atau orang ramai untuk membantu
  4. A - airway ( peredaran udara) - pastikan mangsa dlm keadaan selesa untuk bernafas, jika pengsan terlentang kn dan dongak kepala ke atas....
  5. B - breather ( pernafasan) - periksa mangsa sama ada bernafas atau tidak guna kaedah pandang dengar dan rasa....telinga letak hampir ke hidung utk dgr pernafasan,pipi merasa haba dr pernafasan dan mata melihat pergerakan dada.  Jika tiada pernafasan ...
  6. C - circulation ( peredaran darah) - periksa nadi karotid, jika tiada baru la buat CPR 
         CPR ( cardio pulmunary resuction) ...mcm tu la lebiih kurang bunyi nye he he 

  •           jika ade nadi tiada pernafasan berikan 2 hembusan dan buat  langkah 5 
  • jika tiada nadi buat tekanan cpr dengan mengira 30 takanan di ikuti 2 hembusan,
  • ulang langkah tersebut sebanyak 5 pusingan....selepas itu ikut langkah 6......
  • jika mangsa masih juga tidak sedar .....emmmm buat pemeriksaan seperti melihat anak mata hitam..kerana org yang sudah meninggal ank mata hitam nye kelihatan besar....
  • jangan teruskan cpr kalo mangsa sudah mati, x baik siksa mayat........
  • jika nadi dh ade pernafasasn pun dh ade letak mangsa dlm kedudukan rehat ( mengiring )
  • kalau ade patah ke kt samung bab lain plk.......

assalammualaikum

bismillah.....
tujuan blog ni di buat untuk di kongsikan segala kitab2 dan pengalaman yg sy ade berkaitan elektrik
untuk di konsi bersama ...

moga dipermudahkkan insyaallah...