Jumaat, 20 Januari 2012

motor elektrik


MOTOR TIGA FASA

PENGENALAN

J     Merupakan motor yang paling banyak digunakan kerana binaannya ringkas dan tahan lasak
J     Tiga jenis motor tiga fasa:
a)     motor aruhan
b)     motor aruhan pemutar berlilit
c)      motor segerak

J     perbezaan di antara motor-motor ini ialah pada bahagian pemutar dan cara ia kendali
J     mempunyai ukuran yang lebih kecil pada kuasa yang sama dengan motor-motor lain
J     harga dan kecekapannya juga sama dengan motor-motor yang lain
J     kecekapan yang lebih baik
J     faktor kuasa yang lebih tinggi
J     ciri-ciri yang permulaan yang lebih
J     digalakkan untuk mengelakkan ketidakseimbangan beban sesalur bekalan


Ä    KOMPONEN-KOMPONEN MOTOR      :

J     terdiri dari bahagian au komponen-komponen berikut:

I           Badan
II         Motor jenis kecil biasanya dibuat dari besi tuangan (cast steel) yang berbentuk silinder.
III        Motor jenis sederhana dan besar dibuat dalam bentuk kotak
IV     Bahagian dalam badan menempatkan teras stator dan lilitan stator.
V       Teras stator terdiri dari lapisan-lapisan yang bermutu tinggi dan bertebat diantaranya untuk mengurangkan arus pusar.
VI     Tudung-tudung motor berjaring digunakan untuk menyekat kemasukan bendasing kedalam motor dan direka untuk mendapatkan ketegaran yang maksima.


Ä    PETI PUNCA

J     Terdiri dari bingkah punca bertebat dan ditempatkan ke dalam besi logam
J     ditapakkan keatas gasket untuk menghalang penyerapan habuk dan kelembapan.
J     Bagi motor-motor besar penyambung didudukkan di atas bar-bar penebat dan dijarakkan untuk memudahkan penempatan kabel-kabel besar
J     Hablur silika gel ditempatkan didalam peti punca motor-motor voltan tinggi hablur bagi menyerap lembapan yang tedapat didalam peti punca
J     Hablur bertukar warna dari biru ke merah jambu


Ä    ROTOR

J     Rotor sangkar tupai dalam motor-motor kecil mempunyai pengalir tembaga atau aluminium yang ditempatkan di dalam teras motor yang berlapisan
J     Biasanya alur-alur teras motor akan membentuk pancungan bagi mengurangkan bunyi bising dan pusuan-pusuan magnetik
J     Rotor-rotor besar mempunyai pengalir-pengalir tembaga atau loyang melalui alur-alur di dalam lapisannya dan hujungnya dipateri kegelung hujung
J     membawa kipas yang dipasang secara berasingan dan alur ganti keudaraan diadakan di dalam teras motor
J     Kedua-dua permukaan rotor dan stator dimesin halus untuk memastikan celahan udara antara rotor dan stator adalah tepat.

Ä    ACI (SHAFT)
J     Diperbuat dari keluli tahan tinggi dan membawa kekunci untuk menempatkan rotor dan kipas
J     Saiznya bergantung kepada rotor yang dibawanya.

J     ALAS (BEARING)

J     )Terdiri dari alas bebola (Ball bearing) dan alas rola (sleeve bearing) di dalam motor-motor kecil menggunakan gris sebagai pelincir
J     Takup atas dibuat dari besi tuangan untuk memegang dan melindungi alas di dalam kandungan alas dari kandungan habuk
J     Palam pelepas gris ditempatkan di bawah tangkup bearing untuk membenarkan bekalan gris yang cukup
J     Alas jernal terdapat pada motor-motor jenis besar

Ä    GEAR

J     untuk menghasilkan kelajuan yang rendah atau yang dikehendak tetapi tidak mengubah daya kilas bagi motor tersebut
J     Untuk menghasilkan kelajuan yang sangat rendah, 2 atau lebih gear diperlukan



MOTOR SANGKAR TUPAI

J     mempunyai kelajuan yang tunggal dan sama dengan motor belitan medan pirau.
J     mempunyai kilas permulaan yang sangat kecil dan faktor kuasa permulaan yang rendah dan beransur naik apabila beban ditambah sehingga ke beban penuh dan nilainya boleh mencapai sehingga 0.85 atau 0.9.
J     motor sangkar tupai banyak digunakan kerana:
                                                   i.            Tahan lasak
                                                 ii.            Tidak memerlukan alat tambahan untuk menghidupkan motor
                                               iii.            Binaannya ringkas kerana tiada belitan di pemutar
                                               iv.            Murah
                                                 v.            Tidak memerlukan penyelengaraan lebih
                                               vi.            Saiznya lebih kecil pada kuasa yang sama dengan motor pemutar berlilit jika dua sangkar tupai digunakan
                                             vii.            Pengaturan kelajuannya yang baik mengikut perubahan beban

J     Kelemahan motor jenis ini adalah   :
  1. Kelajuannya tidak boleh diubah sesuka hati kecuali dengan mengubah kecekapannya
  2. Kelajuannya akan berkurang dengan pengurangan beban
  3. Kilas permulaan serupa dengan motor belitan medan pirau


BINAAN MOTOR

Ä     STATOR

J     terdiri daripada bingkai motor yang diperbuat daripada besi tuangan (cast iron)
J     bahagian dalam dilekatkan pula teras motor diperbuat daripada kepingan-kepingan teras lapis keluli atau logam bermutu tinggi dengan beberapa lubang alur (slot)
J     melalui lubang alur tersebut dawai tembaga bertebat dililitkan
J     terdapat tiga jenis gelung yang berasingan dipasang pada stator motor induksi tiga fasa
J     antara satu gelung dengan yang lain dipisahkan pada sudut 120° elektrik untuk mendapatkan putaran medan magnet yang seimbang apabila bekalan disambungkan pada ketiga-tiga gelung tersebut
J     saiz dawai gelung bergantung kepada kuasa sesebuah motor, lebih besar kuasa sesebuah motor, lebih besarlah saiz dawai yang digunakan
J     gelung-gelung tersebut mestilah dijauhkan dari kelembapan kerana ia boleh merosakkan lapisan penebat pada dawai gelung menyebabkan berlakunya litar pintas


  

Ä     ROTOR

J     mempunyai binaan berbentuk sangkar tupai (squirrel cage) terdiri daripada besi-besi teras lapis (iron cored) beralur (slotted)
J     bar-bar aluminium atau tembaga ditekan padat ke dalam lubang alur tersebut kemudian pada kedua-dua hujung pangkalnya dilitar pintaskan membentuk satu struktur pejal berbentuk kipas untuk penyejukan
J     bar-bar yang dilitar pintaskan ini mempunyai rintangan yang rendah bagi memudahkan pengaliran arus dan membentuk medan fluks pada rotor







Ä     PERISAI HUJUNG

J     digunakan untuk memegang galas yang menyokong aci pemutar (rotor)
J     melindungi bahagian dalaman motor daripada disentuh atau kerosakan mekanik
J     terdapat berbagai bentuk perisai di kiri kanan kuk motor
J     bentuk-bentuk ini disesuaikan dengan jenis motor misalnya jenis tutupan rapi, tutupan separuh terbuka, tutupan kalis air, tahan letupan, tahan panas dan sebagainya
J     diperbuat pelbagai bahan mengikut sesuatu jenis motor, biasanya diperbuat dengan bahan yang sama dengan kuk motor dan dicagakkan ke kuk dengan pegas




KENDALIAN

J     Apabila stator motor ini dibekalkan dengan bekalan 3 fasa, putaran medan magnet terbentuk pada stator itu.
J     Kelajuan putaran medan magnet ini bergantung pada frekuensi bekalan dan bilangan kutub dan yang dinyatakan dengan formula berikut:
                                                                   Ns = (f x 120) / p

Ns = laju segerak (Laju putaran medan magnet)
F    = frekuensi
P    = bilangan pasang kutub

J     Belitan stator merupakan setaraan belitan utama pengubah manakala rotor menjadi setaraan belitan sekunder pengubah.
J     Oleh itu aruhan saling yang berlaku antara dua belitan ini menyebabkan wujudnya arus teraruh padarotor.
J     Arus yang terbentuk cukup kuat untuk membentuk medan magnetnya sendiri kerana belitan ini berlitar pintas. Medan magnet yang baru wujud dirotor ini pula bertindak balas dengan medan magnet stator yang sedang berputar di atas prinsip kutub yang serupa dan berlainan seterusnya rotor itu akan berputar dengan kelajuan N1 mengikut arah yang sama dengan arah putaran medan N2, tetapi kelajuan rotor ini perlahan sedikit, lebih-lebih lagi apabila beban  dipasangkan pada rotor motor ini.
J     Kelengahan putaran rotor ini disebut gelincir (Slip)



                     

MOTOR ROTOR BERLILIT

J     Dikenali juga sebagai motor gelang gelincir (slipring motor) kerana binaannya menggunakan berus karban
J     Bahagian statornya adalah sama dengan motor jenis sangkar tupai, begitu juga dengan penghasilan putaran medan magnet di sekitar kutub stator
J     Mempunyai rotor berlilit yang disambung kepada tiga gelang gelincir, berus karbon dan rintangan boleh laras (jenis yang boleh menahan arus tugas berat dan tahanuntuk penggunaan yang berterusan)
J     Motor akan berputar dengan perlahan jika perintang dilaras pada nilai maksima manakala apabila perintang dikurangkan kelajuan motor bertambah
J     Tujuan rotor berlilit ialah untuk mengawal kelajuan motor semasa dihidupkan
J     Litar gelang dilitar pintaskan apabila motor mencapai kelajuan maksima

               









Ä     STATOR

J     Sama dengan motor jenis sangkar tupai
J     Diperbuat daripada lapisan keluli dan beralur
J     Terdapat tiga belitan yang diletakkan 120° elektrik dan disambung samada secara bintang atau delta
J     Tugas utama ialah bertindak sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet



Ä     ROTOR

J     Jenis berlilit mengandungi dawai tembaga bertebat dililitkan melalui lubang alur dalam sambungan bintang
J     Saiz dawai serta bilangan kutubnya adalah sama dengan stator
J     Punca penyambungan berakhir pada gelang gelincir (slipring) yang diperbuat daripada tembaga dan disambung ke litar luar melalui berus karban





KENDALIAN

J     Motor jenis rotor berlilit mempunyai 6 terminal penyambungan, 3 daripada stator dan 3 daripada rotor
J     Bekalan 3 fasa dasambungkan kepada mstator melalui penghidup atau pemula
J     Lilitan rotor disambung kepada 3 perintang reostat dalam sambungan bintang
J     Reostat bertujuan untuk mengadakan suatu rintangan bernilai tinggi bagi litar rotor ketika permulaan motor, dan dengan ini akan menghasilkan tork permulaan yang tinggi di samping arus yang rendah
J     Apabila kelajuan rotor meningkat, tahap rintangan diubah secara perlahan-lahan sehingga akhirnya kesemua rintangan tersebut dipotong terus dari litar dan lilitan rotor dilitar pintas membentuk motor induksi sangkar tupai
J     Motor jenis ini adalah lebih mahal daripada motor 3 fasa jenis sangkar tupai kerana kos membina bahagian rotornya adalah lebih tinggi
J     Walaubagaimanapun motor jenis ini mempunyai tork permulaan yang tinggi serta arus permulaan yang rendah 
              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan