- AHU ialah sebahagian dari unit penyaman udara berskala besar seperti ruang pejabat , production line di kilang, bilik makmal dan bilik komputer.
- Selain menghantar udara dingin kesuatu kawasan , kelebihan AHU ialah ia boleh mengawal kebersihan dan merawat udara yang hendak di hantar,ini kerana di dalam unit AHU ,udara yang di hantar akan di tapis dahulu. zarah2 sama ada berbentuk pepejal atau cecair akan terapung apung di udara dan akan melekat pada sistem pernafasan manusia terutama pada paru - paru.Air filter dalam AHU akan memerangkapnya
- Tahap pengaliran udara boleh dikawal dengan mengawal kelajuan blower fan
- Keadaan dalam bilik yg di dinginkan mempunyai ramai orang,dan kitaran udara yang sama di gunakan lama kelamaan bilik tersebut akan dipenuhi gas karbon dioksida.untuk mengelakkan udara dari tercemar,pengalih udaraan atau fresh air diadakan dalam sistem AHU
gambaran sisi AHU ,
- sudut kiri bawah kelihatan seperti jaring tempat fresh air masuk dimana kemasukan nye boleh dikawal.
- sudut kiri atas pula untuk udara balik ( return ),udara yang dihantar oleh blower akan kembali ke AHU untuk dirawat dan dihantar semula.
- sebelum cooling coil terdapat bag filter atau air filter yang akan memerangkap habuk .
- cooling coil , kebiasaan nya terdapat chiller water yang mangalir di dalam nya tujuan nya ialah mendinginkan atau melembap udara yang akan di hantar, suhunya boleh dikawal dengan mengawal kemasukan chiller water dengan mengawal damper.
- selepas cooling coil terdapat air filter bertujuan sekali lagi menapis atau memerangkap habuk dari terlepas ke destinasi seterusnya.
- kanan sekali ialah blower fan yang di tugaskan menghantar udara dingin dah bersih ke bilik atau ruang yang dikehendaki.
Untuk makluman penggunaan AHU berkait rapat dengan sistem CHILLER, akan ade sambungan nye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan