Sabtu, 21 Januari 2012

Syncronising part 1

Khas  kepada mereka yg nk ambik chargeman A4

Ape itu syncronising dan kenapa perlu dlm sesuatu pepasangan

  • Satu proses penyegerakan janakuasa secara selaribagi satu pepasangan yg mempunyai lebih dr 1 generator.dlm suatu busbar.
  • proses ini dilakukan dalam keadaan satu unit sedang bertugas membekal beban yang maksima dan kerja penyegerakan di lakukan tanpa mengganggu bekalan.
 Kebaikan system ini

  • sesuai bagi kawasan pendalaman yg tiada bekalan elektrik
  • jimat kos kerana boleh operasi kan genset bergantung kpd keperluan load sahaja sesuai bg tempat yang tidak mengunakan load maksima sepanjang masa.
  • genset boleh beroperasi secara begilir,mudah buat penyelenggaraan berjadual
Syarat 2 untuk membuat syncronising


  • voltan janakuasa dan busbar mesti sama ( volt meter )
  • Ulangan janakuasa dengan busbar mesti sama ( Hz )
  • Turutan fasa mesti sama antara janakuasa dengan busbar
  • sudut fasa janakuasa dengan busbar mesti sama
merujuk gambar di atas , volt meter dan Hz meter di gunakan untuk memastikan voltan dan ulangan mesti sama.
bagi melihat  sudut fasa syncronoscope meter di gunakan ( meter di tengah). apabila bila jarum menunjuk kan tepat pukul 12 ini menandakan sudut fasa antara janakuasa dan busbar sama atau 0' ...ulangan atau frekuensi juga sama . inin adalah masa yang sesuai untuk melakukan penyegerakan.
bagi turutan fasa pula kita sudah sedia maklum penyambungan kabel antara janakuasa mesti sama fasa nya R,Y,B....( selari )

Bagi yang menghadapi masalah ulangan dan voltan tidak sama perlu membuat pelarasan pada alat di bawah



 alat ini di panggil voltage dan speed trimmer, voltage untuk menaik dan menurun kan voltan manakala speed trimmer untuk menambah atau mengurangkan kelajuan genset supaya sama dengan busbar. bile genset laju frekuensi (Hz) akan meningkat begitu juga sebaliknya.frequensi jug adi panggil ulangan.



sekian dulu untuk part 1 nanti sambung lg part 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan